Wak Jonet adalah brand khas untuk bisnes urutan Khairul Iqbar. Biasanya customer urut memang panggil saya Wak Jonet π dah melekat nama tu dengan saya
Belajar Urut Daripada Mana?
Dulu masa saya belajar Diploma Usuluddin di Kolej Dar Al Hikmah biasa laaa student tak dek duit.
Maka saya pergi downtown jalan reko untuk mencari cara untuk cari duit untuk survive.
Pada satu malam Allah SWT ilhamkan pada saya untuk belajar urut sebab saya memang minat nak belajar & sebelum ni ramai yang cakap βTanganβ saya ni boleh mengurut orang.
Kalau ikut keturunan atok sebelah mak saya memang seorang tukang urut & guru silat (Keturunan Jawa Johor) & nenek kepada atuk saya adalah seorang bidan kampung. Malah dalam keluarga besar sebelah mak saya ni mak cik saya memang ada bisnes urut.
Kalau nak ikutkan pengalaman dah 12 tahun saya mengurut (Sejak 2012 sehingga 2024) cuma on off sebab cuba buat bisnes lain tapi banyak yang tak jadi daripada yang jadi hahahahahahaha
Perjalanan saya belajar urut ni hasil dari berkerja di downtown Jalan Reko Kajang dalam 2 - 3 tahun.
Saya belajar :-
β Reflexology
β Urutan Badan
β Urutan Batin (Tapi belajar tak habis hahahahaha)
β Bekam
β Rawatan Resdung
Daripada hasil skill & pengalaman ini saya mula untuk buat servis urutan rumah ke rumah.
Saya juga rajin belajar melalui kursus urutan online & offline untuk upgrade & update skill urutan saya
Saya bertalaqi dengan Founder Matin Therapy Center , Tuan Afif Akmal. Beliau adalah salah seorang guru saya untuk ilmu urutan & bone adjustment.
β Kalau nak sekadar selesaikan masalah tertentu 1 jam cukup.
β Kalau nak puas hati 2 jam pakej terbaik.
β Boleh minta urut pada mana - mana bahagian anggota badan yang tidak selesa
2 jam (120 Minit)
β 40 minit Peha belakang, betis, tapak kaki kiri & kanan (Refleksologi)
β 30 minit Belakang kepala - tengkuk - Lengan belakang kiri & kanan - belakang badan (Belikat) - pinggang - punggung kiri & kanan
β 10 minit kepala belakang
β 20 minit tangan & tapak tangan kanan & kiri
β 10 minit perut & dada (Kalau Nak)
β 10 minit focus urut bahagian yang tak selesa
Berapa Harga Urutan Badan?
Hanya RM200 2 jam (120 Minit)
β Percuma caj transport β Urutan dari hujung kepala sehingga hujung kaki. Saya adjust sampai puas hati.
β Tiada unsur syirik, khurafat atau mistik dalam sesi urutan π β Hanya untuk sekitar area KL & Selangor sahaja. β Hanya untuk lelaki Muslim normal sahaja. Saya tak urut wanita. β Servis direct ke rumah / office / premis / hotel sahaja. Saya tiada kedai untuk walk in. β Hanya urutan badan. Saya tak buat urutan batin. β Berpengalaman 12 tahun mengurut (Sejak 2012) β Urut mengunakan minyak herba premium yang mengandungi Habbatussauda, Minyak Zaitun, Halia Bara, Kayu Manis, Halba & Cengkih
Pakai Minyak Urut Apa?
MINYAK PREMIUM YANG TERBUKTI MELEGAKAN SAKIT OTOT & SENDI!
MENDAPAT KELULUSAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
KEISTIMEWAAN MINYAK ARJI
Minyak ARJI menggabungkan lebih dari 9 jenis herba . Antaranya ialah HABBATUSSAUDA, MINYAK ZAITUN, HALIA BARA, KAYU MANIS, HALBA & CENGKIH.
MASALAH YANG BOLEH DIBANTU:
Sakit pinggang.
Sakit lutut.
Lenguh tengkuk & bahu.
Sakit belikat.
Sakit belakang.
Tegang urat.
Terseliuh/ bengkak.
P/s :- Apa yang saya yakin & percaya dengan mengunakan minyak urut & teknik urutan yang betul akan membantu proses penyembuhan lebih cepat.
WAKTU OPERASI WAK JONET
β Waktu operasi
Slot Urutan Badan Wak Jonet
β Setiap hari beroperasi. Slot cepat penuh kena cepat booking slot. Sila rancang jadual untuk urut. Jangan buat kerja last minit π
ππ» Slot Pagi
10 Pagi ke atas
ππ» Slot Petang
Selepas solat Zuhur
2 petang ke atas
Selepas solat Asar
5 petang ke atas
ππ» Slot Malam
Selepas solat Insyak
9 malam ke atas sehingga jam 12 tengah malam sahaja.
3 Proses Urutan Wak Jonet
Sebelum Urut
1. Pastikan sebelum sesi urut tidak dalam keadaan terlalu kenyang atau terlalu lapar. Kalau nak makan pastikan 2 - 3 jam sebelum sesi urut. (Kalau nak urut perut) Kalau tak nak urut perut makan je laa kalau dah lapar
2. Yang terbaik mandi dulu supaya dalam keadaan suci dan bersih. (Tidak dalam keadaan berhadas besar). Kalau dalam berwudhuk lagi bagus. (Untuk Muslim sahaja)
3. Sebelum wak mulakan sesi urutan wak akan interview untuk diagnose masalah supaya customer dapat rawatan urutan yang tepat & untuk tahu sejarah kesihatan. Di minta untuk jawap dengan jujur ya.
4. Berikan tarikh lahir supaya nanti nak repeat urut boleh dapat 2 Jam Urutan Badan RM50 sahaja. Baca info lanjut di bawah sekarang.
5. Pastikan be on time. Kalau ada apa - apa perubahan wasap je wak. Jangan bagi tahu last minit. Jika berlaku kelewatan lebih dari 10 minit daripada waktu yang ditetapkan daripada pihak customer Wak Jonet akan kurangkan masa daripada pakej yang di ambil & bayaran full payment. Hal ini kerana mengganggu jadual appointment urut Wak Jonet. Contoh lewat 30 minit. Ambik pakej 2 jam. Masa urut hanya 1 jam 30 minit & bayaran full payment mengikut pakej.
6. Pastikan alert dengan phone supaya mudah untuk di hubungi & please be responsive. Communication is everything.
7. Bagi customer tetap Wak Jonet pastikan tunjukkan card membership untuk dapatkan benefit sebagai membership. Tak tunjukkan card loyalty sesi urutan tu dikira disqualified sesi tu.
Semasa Urut
1. Yang terbaik pakai kain / tuala & pakai seluar dalam supaya mudah urut bahagian punggung, paha depan & belakang nanti. Supaya wak tak nampak telur hahahahahahah. Jaga batasan aurat. Jangan telajang.
2. Wak lebih selesa urut di bawah (lantai) berbanding di atas katil tidur. Sebab memudahkan wak nak bergerak sepanjang sesi urutan. Pastikan tempat urut tidak berpasir. Sebaiknya ada toto / tilam supaya lutut, rusuk atau dada tak sakit ketika di urut. Jika ada katil urut lagi cantik. Wak memang tak bawak meja urut.
3. No sexual activity & tak sentuh private part. Wak Jonet urut lelaki normal sahaja. Jika sepanjang sesi urutan berlaku gangguan seksual ke atas wak. Wak akan hentikan sesi urutan dan buat laporan polis.
4. Jika ada anak2 kecik pastikan terkawal & tidak mengganggu sesi urutan.
5. Jika customer ada urusan lebih dari 10 minit semasa sesi urutan berlangsung untuk Wak akan urut mengikut masa yang di tetapkan mengikut pakej yang di ambil & bayaran full payment. Hal ini kerana mengganggu jadual appointment urut Wak Jonet. Contoh waktu urut sepatutnya start pukul 2 petang habis 4 petang. Tapi customer ada urusan ambik masa 10 minit so dah drag masa. Sesi urut tetap habis jam 4 petang & bayaran full payment mengikut pakej.
Selepas Urut
1. Elakkan untuk mandi minimum 1 jam supaya minyak herba yang wak sapukan di seluruh badan dapat serap dengan baik ke dalam badan tapi kalau nak ambik air wudhuk boleh je
2. Minum air suam 500ml selepas sesi urutan untuk mempercepatkan proses tubuh badan lebih cepat sembuh.
3. Pastikan bayar on the spot selepas habis sesi urutan. Boleh transfer, QR atau cash.
4. Sediakan satu duit syiling sebagai syarat pelepas / pengeras pada saya ya. (Tak kisah berapa nilai duit syiling) Ni petua orang lama untuk elakkan Tukang Urut jadi sakit di sebabkan bisa badan customer.
5. Sebenarnya Wak ada gout maka Wak memang jaga permakanan untuk elak kena gout sebab kalau dah kena jem woo tak boleh jalan tak boleh urut. Maka kalau tuan rumah tak jamu apa2 makanan & minuman tak pek ya. Kalau bagi air kosong sejuk pun Wak dah bersyukur.
β CEO RichXen World Sdn Bhd β Founder Xenrich Academy dan Produk Mandian Aura 769 β Master Trainer in Metaphysic β Bekas Imam Muda Masjid Bukit Antarabangsa, Ampang β Pemegang Ijazah Sarjana Muda UIAM (Fiqh and Usul)